fbpx

Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia dianjurkan bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia buat kali pertama bakal dianjurkan oleh MHC di UPSI dari 10 hingga 19 Disember depan.

KUALA LUMPUR – Penganjuran Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia yang tertangguh sebelum ini akan kembali dianjurkan secara karnival di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dari 10 hingga 19 Disember depan.

Edisi pertama yang diperkenalkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal menyaksikan penyertaan sembilan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita dengan mengikut format pertandingan liga satu kumpulan.

Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah, Shurizan Mansor berharap ia akan dapat berlangsung mengikut jadual ditetapkan selepas beberapa kali terpaksa ditunda ekoran pandemik Covid-19.

“Kami berharap kejohanan ini dapat direalisasikan walaupun jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam skala kecil. Harapannya agar kejohanan ini akan menjadi pemangkin untuk menaikkan lagi sukan hoki dalam dewan.

“Kami merancang untuk menganjurkan kejohanan ini secara tahunan. Matlamat kami juga bagi menarik minat lebih ramai orang di luar sana untuk bermain sukan ini.

“Saya berharap tempoh sebulan ini, pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan dapat melakukan persiapan sebaiknya untuk memberi saingan dalam kejohanan ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Shurizan juga menjelaskan bahawa kejohanan itu akan digunakan sebagai platform untuk mencari pemain-pemain yang boleh menyarung jersi kebangsaan pada Piala Asia Hoki Dalam Dewan dijadualkan Mac tahun depan.

“Kejohanan ini adalah salah satu landasan untuk pemilihan pemain bagi mewakili skuad kebangsaan nanti,” jelasnya yang turut berharap penganjuran itu dapat menarik minat ramai penaja pada masa depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI