fbpx

Lelaki menyamar juruteknik ‘pukau’ jurujual, curi wang kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV antara suspek dan jurujual kedai aksesori telefon itu di Puncak Alam, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki yang menyamar sebagai juruteknik komputer diburu polis selepas melarikan wang tunai daripada sebuah kedai aksesori telefon di Puncak Alam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.15 petang itu, suspek berusia lingkungan 40-an dipercayai memperdaya jurujual premis berkenaan yang mendakwa seolah-olah turut dipukau.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa didatangi lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai juruteknik Bahagian Sistem Komputer dari ibu pejabat syarikat kedai tersebut.

Katanya, suspek kemudian mengarahkan jurujual itu mencetak penyata akaun bagi menyemak hasil jualan dan mengira wang di kaunter yang berjumlah RM750.

“Sejurus selesai mengira, mangsa meletakkan wang berkenaan di tepi meja kaunter tersebut.

“Suspek kemudian meminta supaya menandatangani beberapa resit dan membuatnya sibuk sehingga mangsa berasa seolah-olah sudah dipukau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ramli, siasatan awal mendapati suspek memasuk kedai itu menerusi laluan utama dan terus menemui pengadu di kaunter pembayaran.

“Hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga mendapati mangsa mengeluarkan wang dari kaunter dan meletakkannya di tepi mesin itu.

“Suspek kemudian mengambil wang berkenaan dan mengiranya di hadapan mangsa lalu memasukkan ke dalam poket,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan pihaknya sehingga kini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI