fbpx

RM4.6 bilion untuk projek pembangunan di Johor 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa mengadakan sidang akhbar sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sempena Program Lawatan Kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ke Johor di Kota Iskandar, Johor hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan persekutuan memperuntukkan sejumlah RM4.6 bilion untuk melaksanakan sebanyak 434 projek pembangunan di negeri ini termasuk 79 projek baharu menerusi Bajet 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini termasuklah beberapa projek mega berimpak tinggi yang mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Johor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, antara projek tersebut termasuklah Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru dan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link).

“Saya terlibat dalam program pembangunan dan antara projek-projek lain yang akan dibangunkan di negeri ini adalah pembinaan hospital baharu di Pasir Gudang.

“Selain itu, antara projek lain yang turut dirancang adalah pembinaan sekolah baharu 36 bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra 2, Kulai dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Ulu Tiram,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Sesi Roadshow Pasca RMK-12 di Kota Iskandar, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI