fbpx

KDA FC, JDT sekadar seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi cuba menghalang gerakan pemain KDA FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini malam ini.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling mengatur serangan bagi memburu gol awal.

JDT seterusnya melakukan serangan pada minit ke-19 menerusi pertahanan skuad Harimau Selatan, Mauricio Dos Santos yang hampir menerjah gawang. Namun tendangannya tersasar ke kiri gawang Kedah.

Kedah pada minit ke-22 bangkit melancarkan serangan dari sayap kanan, namun gerakan dihasilkan pemain tengah, Fadzrul Danel yang membuat larian pantas gagal dihantar kemas lalu dipatahkan pertahanan pasukan lawan.

JDT mempunyai peluang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid pada minit ke-28 tetapi percubaannya terus ke dakapan penjaga gawang Kedah, Shahril Sa’ari.

Pasukan lawan itu sekali lagi mencemaskan tuan rumah tiga minit sebelum babak pertama berakhir apabila gerakan lincah Safawi yang membuat hantaran ke kubu Kedah berjaya ditanduk Mauricio Dos Santos namun percubaannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol.

Skuad Hijau Kuning hampir membuka jaringan pada minit ke-71 apabila pemain gantian Kedah, Aiman Afif mendapat peluang terbaik selepas mendapat lorongan cantik daripada Rizal Ghazali tetapi percubaannya ke pintu gawang JDT sedikit tersasar.

Seminit sebelum perlawanan tamat, JDT mendapat tendangan percuma selepas Sumareh dijatuhkan tetapi sepakan yang diambil pemain tengah JDT, Leandro Velazquez berjaya ditepis oleh Shahril Sa’ari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI