fbpx

United ada peluang pikat Rodgers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODGERS

MANCHESTER – Kelab gergasi England, Manchester United dilaporkan percaya mampu untuk mendapatkan khidmat Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers dengan menggunakan kelebihan klausa dalam kontrak pengurus berkenaan.

The Red Devils ketika ini sedang membuat pertimbangan untuk mendapatkan calon yang benar-benar sesuai mengemudi pasukan itu sebelum membuat keputusan untuk memecat pengurus semasa, Ole Gunnar Solskjaer yang berdepan tekanan ketika ini.

Pengurus dari Norway itu memasuki tahun ketiganya di Old Trafford tetapi prestasi pasukan yang diharap mampu menamatkan penantian meraih gelaran semakin kabur selepas prestasi merudum musim ini.

Dalam kontrak yang ditandatangani oleh Rodgers bersama Leicester, mana-mana pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) boleh menwarkan kontrak kepada beliau tanpa dapat dihalang oleh pihak pengurus The Foxes.

Situasi itu membolehkan ­United yang masih beraksi di UCL untuk pergi mendapatkan Rodgers sekiranya mereka sudah hilang sabar dengan Solskjaer yang dilihat berdepan kesukaran untuk memacu kejayaan.

Biarpun sebelum ini Solskjaer masih mendapat sokongan daripada pihak teratas kelab berkenaan, nasib pengendali itu mungkin akan berubah menjadi buruk jika gagal mengubah ­situasi dalam tempoh terdekat untuk membawa United kembali ke kelompok empat pasukan ter­atas.

United tewas enam daripada 12 perlawanan terakhir mereka termasuk diaibkan oleh Liverpool 0-5 dan tewas kepada Manchester City 0-2 pada aksi yang berlangsung di Old Trafford sebelum ini.

Biarpun berjaya mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldi, ­Raphael Varane dan Jadon Sancho pada jendela perpindahan lalu, Solskjaer gagal mencari ramuan terbaik untuk menjulang United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI