fbpx

Polis Marin rampas rokok seludup RM2.85 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada rokok seludup yang ditemui dalam sebuah lori rosak di belakang sebuah rumah di Changkat Jering, Taiping, semalam.

LUMUT – Seorang lelaki ditahan bersama 21,210 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2.85 juta termasuk cukai di Changkat Jering dekat Taiping petang semalam.

Kejayaan itu hasil maklumat risikan dalam Op Kontraban oleh Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kampung Acheh di sini

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Changkat Jering dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang.

Menurut beliau, rumah itu dipercayai menjadi tempat menyimpan rokok putih dan kretek tanpa cukai dipercayai diperolehi dari Pulau Pinang untuk pasaran di Taiping.

“Pemeriksaan dalam rumah tersebut menemui rokok putih John White sebanyak 6,550 karton dan rokok kretek jenama Gudang Garam dan L.A Bold sebanyak 2,710 karton.

“Semua rokok ini ditemui di dalam rumah dan stor dengan anggaran nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM1.25 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI