fbpx

Definisi harmoni, dominasi The Weeknd, Post Malone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Post Malone (kanan) dan The Weeknd bersatu dalam single One Right Now.

JIKA sudah namanya Post Malone dan The Weeknd, apa lagi yang didahagakan peminat apabila gabungan dua penyanyi ternama itu menjadi realiti? Jawapannya ialah tiada, semuanya bagai satu mimpi panjang yang akhirnya menjadi kenyataan.

One Right Now memberi bukti signifikan pemain genre muzik R&B dan hip-hop boleh bersatu dengan cemerlangnya. ‘Persandingan’ tersebut membentuk satu nuansa muzik ‘techno pop’ yang mempunyai nilai kesamarataan tidak berbelah bahagi.

Tiada secebis penafian bahawa The Weeknd atau lebih dikenali sebagai Abel dalam kalangan penggemar muziknya merupakan antara bintang pop terhangat global masa kini, manakala Malone berada pada liganya tersendiri dalam jalur muzik hip hop.

Tak disangka

Secara peribadi, penulis tidak pernah menyangka Malone akan menjemput Abel untuk menjalin kolaborasi dalam sebuah karya muzik.

One Right Now memberi ‘mood’ terhadap setiap pendengar untuk beristirahat atau relaks, tidak berbuat apa-apa sepanjang hari.

Meskipun manusia tidak memerlukan muzik untuk melakukan perkara sedemikian (kalian boleh berehat bila-bila masa sahaja pada saat minda memberi arahan), One Right Now seakan-akan memberi energi yang dimaksudkan apabila dinikmati melalui deria pendengaran. Itulah dinamakan kuasa muzik berkualiti.

Pertama kali bekerjasama, Malone dan Abel memberi definisi baharu berharmoni dalam sebuah karya bernuansa yang selayaknya disifatkan mempunyai elemen ‘upbeat’ instrumental. Setiap momen dalam lagu diadun cocok bersama kredibiliti muzik masing-masing.

ONE Right Now berkisar tentang persepsi Malone dan Abel terhadap cinta lama mereka.

Dari segi komposisi muzik, One Right Now mempunyai bunyi yang DNA-nya hampir sama dengan hit Abel paling berjaya, Binding Lights – sebuah lagu yang sungguh jelas memiliki pengaruh electropop 1980-an. Perihat tersebut satu percaturan bijak dan berkesan.

Justeru, tidak mustahil lagu yang merupakan single kedua daripada diskografi keempat Malone, PM4 itu akan mendominasi carta lagu popular global termasuk menjadi siulan ramai.

Lirikal

One Right Now berkisar tentang persepsi Malone dan Abel terhadap cinta lama mereka. Ketika mantan masing-masing berhasrat menyulam semula cinta, mereka berekspresi sudah ‘move on’ atau meneruskan kehidupan serba baharu.

Bukan itu sahaja, ketika bekas kekasih ingin kembali menjalin cinta, mereka seperti mendedahkan, bukan sekadar sudah menemui pengganti, bahkan sudah mempunyai bakal kekasih lain yang tergolong dalam senarai menunggu atau ‘waiting list’.

Secara keseluruhan, One Right Now merupakan kolaborasi perdana Malone dan Abel yang langsung tidak mengecewakan. Sebenarnya, bukan mudah untuk dua figura yang datang dari jalur muzik berbeza bercantum dengan sempurna, namun kualiti sedemikian yang telah dikerjakan dua penyanyi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI