fbpx

Pesakit mental jangan salahkan diri sendiri – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Ingin terus menyebarkan kesedaran, selebriti versatil Janna Nick mahu mana-mana individu tidak menyalahkan diri sendiri sekiranya didiagnos sebagai pesakit mental.

Kata bekas pengacara Melodi itu, tindakannya berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya bertujuan menyebarkan tentang bantuan-bantuan yang tersedia berkaitan kesihatan mental.

“Sayangi dan berhenti menyalahkan diri sendiri. Anda sudah cukup.

“Sebagai seorang yang telah menjalani rawatan psikiatri dan sedang mengambil ubat yang dipreskripsi oleh doktor, saya berkongsi secara terbuka supaya orang ramai lebih sedar bahawa bantuan tersedia,” katanya dalam satu entri Instagram.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner, 26, itu turut berharap penyakit berkaitan masalah kesihatan mental dirawat sama seperti penyakit lain.

“Saya berharap suatu hari nanti, kesihatan dan penyakit mental akan dirawat dengan cara yang sama seperti kesihatan fizikal.

“Cabaran yang kami hadapi adalah sebahagian daripada pengalaman untuk berkembang sebagai manusia dan itu tidak mengapa. Harap cerita saya dapat memberi inspirasi kepada orang yang sedang berjuang,” ujarnya.

Dalam hantaran lain, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkongsi mengenai bagaimana cara ciri-ciri dalam platform Instagram boleh memberi impak positif terhadap kesihatan mental.

Untuk rekod, Janna menyedari masalah mental atau bipolar yang dialaminya selepas mendapati sering tidak khusyuk ketika solat.

Kongsinya, dia menjadi tidak fokus kerana terganggu dengan ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat ketika mendirikan solat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI