fbpx

Ops Noda : Lapan wanita warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Tindakan dua lelaki tempatan yang menggajikan lapan wanita warga asing tanpa premit yang sah terbongkar selepas kesemua mereka ditahan dalam operasi ‘Ops Noda’ di sekitar Nilai di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai berkata, bertindak atas maklumat awam sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menyerbu tujuh buah premis di Bandar Baru Nilai, di sini pada pukul 8.50 malam.

“Hasil serbuan di premis tersebut pihak polis telah berjaya menahan lapan wanita warga asing berusia 26 hingga 39 tahun dan dua lelaki tempatan berusia 60 hingga 61 tahun.

“Siasatan awal mendapati lapan wanita warga asing tersebut bekerja tanpa permit yang sah manakala dua lelaki tempatan itu menggajikan kesemua wanita warga asing itu di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Muhammad Izudin, kesemua wanita warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959 dan 1963 serta Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Manakala dua lelaki tempatan yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pendatang asing tanpa izin.

“Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas suspek bagi melihat penglibatan mereka terutama dalam aktiviti pelacuran di kawasan daerah Nilai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI