fbpx

286 kluster aktif dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sehingga hari ini sebanyak 286 jumlah kluster aktif dilaporkan termasuk sembilan kluster baharu yang dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu masih melepasi angka 6,000 dengan 6,517 kes termasuk 16 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,535,338 kes.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, 125 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,392 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 6,026 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 2,441,485 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 544 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 269 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI