fbpx

Usaha sama strategik Northport, MPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Shah (kiri) dan Shahid (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Northport dengan MPL secara maya semalam.

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Maldives Ports Limited (MPL) untuk mewujudkan hubungan pelabuhan berkembar (sister port) de­ngan tujuan menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan perniagaan, inisiatif halal, latihan, pertukaran sementara kakitangan dan penyelenggaraan ­pe­ralatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, melalui perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bakal bekerjasama untuk memudahkan perdagangan, terutamanya dalam mempromosikan perdagangan halal.

Ini katanya, bagi menampung permintaan untuk produk halal yang semakin me­ningkat.

“Wujudnya peluang dalam meningkatkan jumlah kargo ke­dua-dua pelabuhan yang manaPelabuhan Klang dan Maldives boleh menjadi pintu masuk untuk perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ­kenyataan bersempena pemeteraian perjanjian yang dibuat secara maya semalam.

Majlis pemeteraian tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPL, Shahid Ali.

MPL telah diperbadankan pada 31 Julai 2008 sebagai sebuah syarikat milik kerajaan di bawah Akta Syarikat Maldives berperanan sebagai badan yang akan memastikan kecekapan pengurusan dan operasi pelabuhan milik kerajaan dan kemudahan pelabuhan.

MPL mengendalikan Pelabuhan Malé, yang terdiri daripada Pelabuhan Dalam yang digunakan oleh kapal riadah, industri perikanan dan perdagangan pantai dan pelabuhan luar bagi memenuhi keperluan kapal yang lebih besar.

Selain itu, Azman Shah menjelaskan, dari segi pembangunan modal insan, kerjasama ini menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran melalui Northport International Centre of Excellence (NICE).

NICE adalah pusat yang menyediakan program latihan pelabuhan bagi memenuhi ke­perluan latihan teknikal kakita­ngan Northport, kontraktor dan pengguna-pengguna pelabuhan.

Kerjasama ini termasuk pertukaran sementara kakitangan antara kedua-dua pelabuhan.

Bidang lain di dalam kerjasama ini termasuk perkongsian sokongan teknikal berkaitan ­penyelenggaraan peralatan de­ngan pemindahan pengetahuan, kepakaran melalui kumpulan jurutera dan juruteknik berkemahiran tinggi sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI