fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir dijangka landa Kelantan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kelantan yang dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, kawasan yang dijangka akan dilanda ribu petir adalah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Bagaimanapun, tiada sebarang ramalan cuaca dikeluarkan melibatkan negeri atau kawasan lain setakat ini.

Terdahulu, MetMalaysia semalam turut mengeluarkan amaran hujan berterusan bahaya di beberapa kawasan di dua negeri Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan bahawa sebanyak 20 buah rumah di Kampung Pulau Perhentian, Kecil, Kuala Besut di Terengganu dinaiki air selepas hujan lebat selama beberapa jam dan fenomena air pasang besar.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dipindahkan dan tiada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara berikutan kejadian banjir kilat tersebut memandangkan air mulai surut tidak lama kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN