fbpx
SALAH satu gerai menjual hotdog yang wajib dicuba oleh mereka yang mengunjungi Ra.Re.

K2

Pelbagai sajian di 28 gerai jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RATA-RATA golongan muda di Lembah Klang mengenali Kota Damansara, Selangor sebagai lokasi santai pada waktu malam terutamanya di hujung minggu.

Di situ, orang ramai berpeluang membeli pelbagai barang keperluan harian yang ditawarkan oleh para
peniaga di Uptown Kota Damansara.

Kini, lokasi itu mempunyai tarikan baharu untuk orang ramai menikmati hidangan di medan selera sambil bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dikenali sebagai Ra.Re, medan selera seluas 80 meter persegi itu dilengkapi 28 buah gerai yang menawarkan pelbagai hidangan kepada para pengunjung.

Kawasan tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
penyediaan makanan dan minuman, Infra Alfa Sdn. Bhd.

Pengurusnya, Shareen Farzida Sukri berkata, Ra.Re mula dibuka sejak dua tahun lalu, namun baru popular ketika ini selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, tempat tersebut menawarkan ruang makan berkonsepkan santai sesuai untuk seisi
keluarga dengan dekorasi seperti dalam sebuah taman.

“Ra.Re terletak betul-betul bersebelahan Uptown Kota Damansara. Ia merupakan pusat sehenti kepada
penjual yang menawarkan pelbagai jenis makanan.

“Rata-rata pengunjung yang makan di sini terdiri daripada golongan muda berusia antara 24 hingga 37 tahun,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Untuk makluman, ruang makan di Ra.Re mampu memuatkan 500 orang pada satu-satu masa.

Menariknya, ia dilengkapi lima port tempat duduk iaitu bawah, sofa, atas pokok, gayat dan bench.

Ruang makan atas pokok dan gayat sesuai kepada pelanggan yang ingin mengadakan sambutan seperti hari jadi atau ulang tahun perkahwinan.

“Kami mempunyai hampir 75 tempat duduk di bahagian atas ini. Ruang ini dihiasi dekorasi menarik serta
lampu hiasan, sekali gus mewujudkan panorama indah.

“Ruang makan ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk merakam gambar sebagai kenangan bersama insan tersayang sebelum dimuatkan ke media sosial,” tegasnya.

 

DEKORASI di Ra.Re berkonsepkan ruang makan dalam taman memberikan konsep santai
kepada pengunjung terutama mereka yang membawa anak-anak

Dia menambah, pelbagai jenis hidangan boleh didapati di Ra.Re sama ada masakan tempatan mahupun Barat dengan lebih 100 menu ditawarkan.

Katanya, kebanyakan gerai di situ dikelola oleh peniaga makanan jalanan yang sudah dikenali, namun tidak berpeluang berniaga di pasar raya atau pusat beli-belah.

Antara jenama gerai yang terdapat di Ra.Re termasuklah Ratu Risoles, Adik Sup, Jom Mentong, Mee Goreng Ketagih, Sate Wak Samurai dan Chef Tako.

Beberapa gerai yang jadi tarikan pengunjung di situ seperti Balangman, Big Joe’s, Hot Dog Challenge, Ayam Pasu, Senandung Kambing Bakar dan Yong Taw Foo Ah Keong.

Selain itu, salah satu makanan yang harus dicuba adalah burger di gerai Big Joe’s seperti smash cheese burger, Korean chicken burger dan honey butter chicken.

Bagi peminat hot dog pula, mereka boleh dapatkan sajian coney dog di D’Classic, Ol’Skool, Malaysiana di gerai Hot Dog Challenge.

Di samping itu, mi goreng di gerai Mee Goreng Ketagih juga patut dicuba kerana
sambalnya yang enak.

Penggemar masakan Barat boleh menikmati sajian sepertichicken chop grill dan spageti adalah
menu wajib di sini.

Pada hari minggu, pengunjung dihiburkan persembahan kumpulan jalanan atau basking secara langsung.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN