fbpx

Pakej pelancongan perlu dapat kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengendali pelancongan berlesen di negara ini tidak boleh mengiklankan sebarang pakej pelancongan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan.

Itu ketetapan dibuat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang bermesyuarat hari ini.

Menerusi mesyuarat itu, MKSU mahu Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) menguatkuasakan Peraturan 6(1A) (a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Akta itu menetapkan Pengendali Pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej yang ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya.

MOTAC menerusi satu kenyataan berkata, bermula 1 Februari 2022, mana-mana syarikat pengendali umrah yang mengiklankan pakej umrah tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Menurutnya, penguatkuasaan peraturan pengiklanan pakej umrah adalah inisiatif MOTAC untuk mengenal pasti iklan-iklan haram pakej umrah.

“Setiap iklan umrah yang diluluskan akan diberikan Nombor Siri Khas iklan umrah yang perlu dipaparkan di iklan-iklan yang akan dipromosikan.

“Borang permohonan iklan ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.motac.gov.my,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI