fbpx

MoU pembantu rumah Indonesia bakal dimuktamad akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTRAJAYA 11 NOVEMBER 2021 - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim (tengah) melihat buku panduan penginapan pekerja (Akta 446) pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Penginapan Pekerja di Bawah Akta 446 dan Buku Terbitan JTKSM 2021 di Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka dapat memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan isu penggajian pembantu rumah dari Indonesia menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, draf mengenai perkara itu sedang giat diteliti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia.

“Insya-Allah, memang dalam perancangan dan kita pun amat berharap supaya MoU ini dapat segera dimeterai secara rasmi pada hujung bulan depan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan MoU berkenaan dijangka boleh diselesaikan antara kedua-dua negara berjiran itu dalam masa yang terdekat.

Memorandum tersebut turut meliputi isu pengambilan dan perlindungan untuk warga republik itu yang bekerja sebagai pembantu rumah atau dirujuk pekhidmat domestik Indonesia (PDI).

Inisiatif berkenaan hasil pertemuan rasmi antara beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta bersempena dengan lawatan kerja sulung ke negara jiran tersebut semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI