fbpx

Lee Kyu-han nafi pukul orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE KYU HAN

SELEPAS mengejutkan ramai dengan pengundurannya daripada dua buah projek drama atas masalah kesihatan, nama aktor Lee Kyu-han tiba-tiba dilanda kontroversi panas.

Dalam laporan media Korea Selatan, pelakon itu dikatakan terlibat dengan satu kejadian pukul ketika dia berada bawah pengaruh alkohol di kawasan Gangnam.

Dalam kejadian yang berlaku tahun lepas, Kyu-han didakwa memukul seorang lelaki ketika menempah perkhidmatan pemandu bersama seorang rakannya yang turut mabuk.

Selepas tular pendedahan tersebut, pelakon itu menerusi Instagramnya menulis kenyataan balas dengan berkata, dia tidak pernah melakukan serangan seperti didakwa pemandu tersebut.

“Kemalangan yang berlaku Ogos tahun lalu masih menghantui saya. Apa yang boleh dikatakan, saya tidak terlibat dengan serangan fizikal atau percakapan.

“Sekarang saya tiada agensi dan ramai wartawan menghubungi nombor peribadi saya, tetapi saya ada serangan panik kerana kejadian tersebut dan saya tidak boleh respons. Saya minta maaf.

“Selepas kes tersebut selesai, saya akan dedahkan semuanya nanti jika kalian masih berminat untuk mengetahuinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI