fbpx

Haram iklankan produk diselitkan unsur lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemandangan papan-papan iklan di tepi jalan, iklan di dada akhbar, televisyen atau secara online bukanlah sesuatu yang asing malah sudah menjadi kebiasaan sesebuah syarikat menggunakan platform tersebut untuk menarik perhatian pelanggan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat sesetengah syarikat yang tegar mengiklankan produk-produk mereka dengan menggunakan unsur-unsur lucah untuk menarik perhatian orang ramai yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu poster yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaklumkan bahawa hukum menyelitkan unsur-unsur lucah dalam iklan sesuatu produk adalah perbuatan yang haram.

“Aurat adalah anggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain, umat Islam disyariatkan untuk memelihara aurat dan manjaga maruah.

“Model yang dipamerkan dalam iklan yang berunsur lucah akan turut tercalar maruahnya,” jelas poster itu.

Tambahnya, tindakan mempromosikan sesuatu produk menggunakan ‘tagline’ yang berunsur lucah sama ada oleh lelaki atau perempuan juga adalah haram.

“Pengharaman ini juga bertujuan untuk menutup pintu-pintu kemaksiatan dan ancaman fitnah yang boleh berlaku,” jelasnya.

Perkongsian tersebut adalah bagi menjawab persoalan yang diajukan orang ramai kepada pejabat tersebut menerusi laman web muftiwp.gov.my.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta huraian kepada jawapan bagi persoalan tersebut orang ramai boleh merujuk kepada kemas kini lengkap di https://bit.ly/hkmiklnbrunsrlch.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI