fbpx

EPMB, MARii teroka projek pengeluaran, pemasangan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADANI (dua dari kiri) dan Hamidon (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian MoU antara EPMB dan MARii semalam.

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalinkan kerjasama dan meneroka Ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Penghantaran Pantas.

Melalui usaha sama tersebut, kedua-dua entiti tersebut bercadang meneroka penubuhan pelan pengeluaran dan pemasangan tempatan bagi EV 2-roda dan 4-roda.

Projek tersebut membabitkan penyediaan infrastruktur pemasaran untuk menjual EV di pasaran Malaysia, bersama sokongan rangkaian pengecasan.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, pada peringkat awal, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan ekosistem penghantaran pantas de­ngan menggabungkannya dengan sistem pembayaran elektronik.

“Langkah itu akan menakrifkan semula infrastruktur penghantaran semasa dan menggabungkannya untuk dilaksanakan di peringkat seterusnya.

“Ia juga akan memacu platform berstruktur dan bersepadu yang memberi perkhidmatan lebih baik kepada semua peringkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Gambar hiasan

Selain itu, Ketua Pegawai ­Eksekutif MARii, Datuk Ts. Madani Sahari menjelaskan, kerajaan te­lah mengambil langkah proaktif dalam menawarkan insentif kepada penggunaan EV menerusi pengumuman Bajet 2022 baru-baru ini.

Tambahnya, aktiviti yang akan dilaksanakan menerusi MoU ini merangkumi pembangunan kerangka kemudahan pen­ting untuk melengkapkan ekosistem mobiliti elektrik, yang mana akan merencanakan penggunaan masa depan kenderaan elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI