fbpx

Azman terkejut dilantik Ahli Lembaga Pengarah Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Noh

IPOH – Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh terkejut dengan tindakan kelab itu melantiknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah semalam.

“Saya terkejut apabila membaca mengenai tindakan itu melalui WhatsApp yang ditular kerana tidak diberitahu apa-apa sebelum ini.

“Bagaimana dengan jawatan GM. Sudah tidak ada GM kah Perak FC,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Piala Malaysia antara Perak dengan Selangor di Stadium Perak semalam.

Azman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Man juga bertanya mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu kerana merasakan ada yang tidak kena.

Menurutnya, Perak FC pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan melantik CEO baharu selepas peletakkan jawatan, Rizal Ali Naiz Ali.

Selain kenyataan itu, Azman menyoal pelantikan Hairul Anwar Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC kerana dia merupakan Exco Pafa,

“Jika mengikut peraturan FAM orang FA tidak boleh pegang jawatan dalam FC.

“Dia kena lepas jawatan FA dahulu jika ingin menjawat jawatan CEO,” tambahnya.

Perak FC kini hanya mempunyai dua lembaga Pengarah iaitu Ahmad Yani Aminuddin dan Joharudin Johar Ali selepas dua lagi iaitu Exco Belia dan Sukan Khairul Shahril Mohamed dan Setiausa Politik Menteri Besar, Sham Mat Sahat meletak jawatan September lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI