fbpx

Ramai penghantar makanan tertipu pelanggan COD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar makanan berkongsi kisah ditipu pelanggan yang membuat pesanan secara pembayaran tunai tetapi tidak mahu membuat pembayaran selepas mendapat makanan.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan berkongsi kisah pada orang ramai mendakwa seorang pelanggan telah membuat pesanan secara tunai tetapi tidak mahu membuat pembayaran selepas makanan sampai di kediamannya.

Menerusi perkongsian gambar oleh Ezuan Wan di laman sosial Facebook FoodPanda Rider Malaysia, beliau memperingatkan penghantar makanan yang lain supaya berhati-hati dengan pelanggan tersebut.

“Hati-hati kepada penghantar makanan FoodPanda dengan Grabfood, pelanggan ini dah banyak kes ‘order’ (pesan) makanan secara ‘cash’ (tunai) lepas itu suruh tinggal dekat lif dan dia akan kata nak ‘transfer'(masukkan dalam akaun).

“Selepas itu dia akan diam terus, ramai ‘rider’ (penghantar makanan) dekat Bayan Lepas dah kena tipu dengan dia ini, saya naik panggil tak nak buka pintu bila pihak polis panggil sekejap sahaja buka pintu,” katanya dalam posting tersebut.

Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai telah terkena dengan helah yang dilakukan pelanggan itu sambil memuat naik bukti pesanan dibuat olehnya.

“Cukuplah pernah kena sekali, taktik ini dah tak menjadi dekat saya ‘no pay no food’ (tak bayar tiada makanan) kalau ikut logik akal pesan secara tunai lepas itu bila makanan dah sampai tiba-tiba tak ada duit,” kata Shazx Rizz Alkuuza.

“Ya, betul saya baru sahaja kena, dia pandai banyak taktik dah panggil beberapa kali tak nak keluar rumah, saya telefon polis suruh datang baru dia nak keluar,” ujar Muhammad Irfan.

“Saya pun ada terkena juga, memang tak perasan dia ada ‘transfer'(masukkan dalam akaun) atau tidak, bila tengok posting ini terus saya teringat dekat dia, memang dia tak ada masukkan duit,” jelas Panglima Isahak.

Pekongsian tersebut mendapat lebih 2,500 reaksi dan mendapat lebih 1,000 perkongsian di media sosial Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI