fbpx
TANGKAP layar sebuah video yang dijana menggunakan teknologi AI hingga mengelirukan orang ramai.

Jaga-jaga, fitnah AI kian berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK dapat dinafikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan harian masa kini seolah-olah sudah menjadi suatu kebiasaan disebabkan teknologinya banyak membantu manusia menyelesaikan tugasan harian.

Bercakap tetang imej atau video yang dijana oleh AI, ia kerap memenuhi platform media sosial, dengan sebahagiannya digunakan sebagai medium promosi bagi sesebuah jenama atau kempen.

Namun, di sebalik semua manfaat yang diwujudkan oleh teknologi, kita seharusnya sedar pada zaman kini, AI juga boleh menjadi sebahagian daripada alat mencetuskan fitnah cara moden terhadap sesuatu atau seseorang.

Contohnya yang sering berlaku pada hari ini adalah menghasilkan tempat-tempat pelancongan di Malaysia yang sebenarnya tidak wujud dengan tujuan untuk mendapatkan engagement daripada pengguna media sosial.

Namun malangnya, tidak semua pengguna itu dapat membezakan antara video sebenar dan AI terutamanya golongan lebih berusia yang mempunyai literasi teknologi yang rendah.

Baru-baru ini, terdapat perkongsian di platform Thread yang mengatakan bahawa sepasang suami isteri dari Kuala Lumpur sanggup memandu beratus-ratus kilometer untuk pergi ke Perak bagi menaiki kereta kabel yang ‘dipromosikan’ sebagai tarikan baharu di Pengkalan Hulu.

Namun, mereka akhirnya kecewa apabila mengetahui bahawa lokasi tersebut tidak wujud dan video yang dilihat ternyata cuma dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Situasi ini menunjukkan teknologi AI bukan sahaja mewujudkan perkara yang tidak ada, malah menyebabkan fitnah semakin berleluasa.

Bagi Pakar Kerja Sosial, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Suhaimi Mohamad, kaedah penggunaan AI yang menghasilkan kandungan palsu secara automatik membolehkan sesiapa sahaja yang berniat jahat untuk menyebar bukti palsu dengan pantas pada skala besar.

“Sememangnya teknologi AI seperti AI generatif ini boleh menjadi alat yang sangat berbahaya dalam menyebarkan fitnah dan berita palsu kerana keupayaan dalam menciptakan kandungan palsu seperti video, gambar dan audio yang realistik atau dikenali sebagai deepfake.

“Kandungan ini dilihat berupaya memanipulasi imej seseorang untuk kelihatan seperti perbuatan sebenar walaupun mungkin tidak pernah berlaku,” katanya.

Tambahnya, bagi mengawal fitnah AI dan menjadi individu yang celik teknologi tersebut, orang ramai perlu berfikir dengan rasional dan logik serta sentiasa menyemak fakta atau maklumat yang diterima.

“Ia boleh dilakukan menerusi pelbagai sumber yang boleh dipercayai seperti MyCheck atau JomCheck atau bandingkan maklumat daripada beberapa sumber berita yang boleh diperayai.

“Kita juga perlu sentiasa belajar untuk mengenali ciri-ciri deepfake seperti pergerakan bibir yang tidak selari dengan audio, pencahayaan pelik pada muka atau butiran latar belakang kabur,” ujarnya.

Katanya, pihak keluarga dan komuniti berperanan menapis maklumat digital dengan menggalakkan komunikasi terbuka bersama warga emas dan kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN