fbpx

Rakam gambar lebih kualiti guna dron terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MENJADI penaraju global dalam menghasilkan dron, DJI terus bergerak ke hadapan dengan menghasilkan Mavic 3.

Mavic 3 disertakan dengan penambahbaikan paling komprehensif berbanding siri sama yang dikeluarkan sebelum ini.

Dron ini dilengkapi dengan spesifikasi terkini dalam setiap fungsi, terutamanya untuk tujuan videografi.

Dilengkapi dengan kamera utama Hasselblad 4/3 CMOS, membolehkan peminat videografi dan fotografi merakam gambar dengan kualiti imej yang begitu mempersonakan.

Selain itu, dron ini juga dilengkapi dengan sokongan kamera mempunyai kemampuan zoom hibrid 28x.

Dron ini turut dinaik taraf perisiannya dan boleh memproses video 5.1K pada 50 bingkai sesaat dalam warna lembut dan mempunyai kepekaan terhadap cahaya malap yang dipertingkatkan.

Dalam pada itu, DJI membentuk semula setiap elemen penerbangan dron dan pengurusan kuasa bagi membolehkan masa penerbangan yang lebih lama.

Untuk Mavic 3, ia mampu terbang sehingga 46 minit dalam keadaan ideal dan memberikan lebih kebebasan untuk jurugambar merakam video atau gambar dari udara.

Di samping itu, DJI juga membangunkan motor dan kipas dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi.

Syarikat itu juga mencipta kapasiti bateri lebih tahan lama serta mengurangkan berat komponen dron bagi membolehkannya terbang lebih lama.

Dron ini dilengkapi dengan sistem Return To Home membolehkannya kembali ke titik permulaan secara automatik jika kehilangan kawalan ataupun kehabisan bateri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI