fbpx

Pengarah sahkan Squid Game bakal muncul musim kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dong-hyuk sahkan kemunculan Squid Game 2 disebabkan banyak permintaan. – The Sun

SEOUL – Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk mengesahkan kemunculan musim kedua bagi siri Netflix popular itu setelah kejayaan luar biasa drama tersebut yang mengungguli carta Netflix di 90 buah negara, lapor akhbar The Sun semalam.

Sejak ditayangkan pada 17 September lalu, drama tersebut melepasi jangkaan tontonan selain menjadi fenomena di seluruh dunia.

“Kami akan muncul dengan musim kedua. Begitu banyak elemen tekanan, permintaan dan cinta untuk musim kedua.

“Penonton tidak memberikan kami pilihan, sebaliknya untuk muncul dengan musim kedua. Saya mempunyai idea ini sekarang, namun masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana ia akan berlaku,” katanya.

Tambah Dong-hyuk, beberapa persoalan dalam Squid Game sebelum ini yang belum diselesaikan akan mempunyai sambungan pada musim kedua.

“Misalnya, persoalan mengenai pegawai polis dan abangnya yang merupakan ‘The Front Man’, watak utamanya, Gi-hun dan banyak lagi.

“Terdapat banyak kemungkinan yang berlaku dalam jalan cerita musim kedua,” ujarnya.

Peminat Squid Game sebelum ini banyak mengeluarkan teori berkenaan watak-wataknya, termasuk satu teori tular yang menyatakan bahawa Oh Il-nam ialah bapa Gi-hun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI