fbpx

Bekas ADUN Asahan kritikal Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL GHAFAAR ATAN

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat Covid-19.

Beliau yang tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini, telah ditidurkan sejak semalam berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun.

Menurut jurucakap Hospital Melaka, Abdul Ghafaar disahkan positif Covid-19 sejak minggu lepas dan mendapat rawatan di hospital Melaka.

“Namun kesihatannya menurun dan telah dimasukkan di ICU tetapi keadaannya terus tidak stabil hingga terpaksa ditidurkan sejak semalam,” katanya

Sementara itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pula telah mengadakan bacaan Yassin menerusi aplikasi google meet petang semalam mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Abdul Ghaafar.

Menerusi aplikasi WhatsApp dalam kalangan rakan-rakannya juga telah diminta untuk mendoakan semoga Abdul Ghafaar cepat sembuh daripada Covid-19. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI