fbpx

APM sedia bina menara tinjau di Teluk Senangin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Ridzuan Idris (tiga dari kiri) dan Noor Azam Johari (dua dari kiri) ketika mendengar penerangan mengenai enjin bot pada majlis penutup Latihan Lanjutan Pengendalian Bot APM peringkat negeri di pantai Teluk Batik hari ini.

LUMUT – Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersedia menempatkan pasukan pengawal pantai serta membina menara tinjau di pantai Teluk Senangin, Segari di sini bagi membantu kes kecemasan di laut berikutan lokasi itu menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

Pengarah APM Perak, Noor Azam Johari berkata, perkara itu akan dilakukan jika mendapat permintaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta diluluskan pada peringkat ibu pejabat pasukan tersebut.

Menurut beliau, ketika ini APM mengendalikan dua menara tinjau pengawal pantai di Perak iaitu di pantai Teluk Batik di sini dan pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor yang beroperasi setiap hari.

“Kalau ada permintaan untuk bina menara dan melihat pada kes (yang berlaku), kemungkinan akan ada cadangan (membina menara tinjau).

“Ketika ini pun APM ada kira-kira 50 menara tinjau pengawal pantai di seluruh negara dan kami sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk membawa cadangan ini kepada ibu pejabat APM,” katanya pada majlis penutup Latihan Lanjutan Pengendalian Bot APM peringkat negeri di pantai Teluk Batik hari ini.

Majlis penutupan program itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung.

Latihan selama tiga hari itu yang melibatkan 80 pegawai dan anggota seluruh negeri menggunakan 12 unit bot dan satu ponton bertujuan untuk persediaan dalam menghadapi monsoon timur laut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI