fbpx

Lelaki tetapkan syarat ijazah, gaji minimum RM1,165 untuk calon isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp. tiktok.com/@sayksj_

JAKARTA – Seorang wanita mendedahkan syarat aneh dikemukakan seorang lelaki yang mahukan teman wanita berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda , lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Kisah ini ditularkan dalam aplikasi TikTok menerusi akaun bernama @sayksj  setelah dia dihubungi  seorang lelaki yang mahu berkenalan selama dua bulan menerusi aplikasi WhatsApp. 

Bagaimanapun, lelaki itu mempunyai syarat di mana wanita yang mahu menjalin hubungan dengannya perlu mempunyai gaji minimum Rp4 juta (RM 1,165) dengan pendidikan minimum ijazah sarjana muda.

Wanita itu menyatakan bahawa dia ingin memperkenalkan lelaki tersebut dengan wanita yang lebih sesuai, tetapi lelaki itu menyatakan bahawa syarat itu diaplikasikan kepadanya sahaja.

“Saya cakap ni kat kamu dik, abang malu kalau ada bakal isteri tak ke kolej. Abang tak nak yang lain, tapi abang nak kamu,” tambah lelaki itu.

Kisah tular itu mendapat perhatian dan komen netizen.

“Memang geram melihatnya, dia rasa dia manusia paling sempurna,” komen netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI