fbpx

Barcelona sia-siakan kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA memiliki kelebihan tiga gol sebelum Celta Vigo memadamkannya untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-3 awal pagi semalam. – AFP

VIGO – Ketua jurulatih baharu Barcelona, Xavi berdepan tugas getir untuk mengubah situasi pasukannya yang kini dilihat penuh dengan masalah terutama selepas seri 3-3 dengan Celta Vigo pada aksi La Liga awal pagi semalam.

Xavi pastinya ‘pening kepala’ mencari jalan penyelesaian terhadap krisis yang sedang berlaku dalam skuad The Catalan walaupun beliau masih belum menjalankan tugas secara rasmi bersama gergasi Sepanyol itu.

Apa tidaknya, Barcelona men­sia-siakan kelebihan tiga gol yang dijaringkan Ansu Fati pada minit kelima, Sergio Busquets (m-18) dan Memphis Depay (m-34) apabila membenarkan Celta bangkit mencatat keputusan seri.

Tiga gol Celta dalam babak kedua pada aksi di Estadio Balaidos itu diperoleh menerusi dua jaringan Iago Aspas dan satu dari­pada Nolito.

Pengendali sementara Barcelona, Sergi Barjuan bagaimanapun menyalahkan situasi kece­deraan dialami Fati, Eric Garcia dan Nico Gonzalez menyebabkan keputusan seri tersebut.

“Taktikal permainan saya rosak disebabkan tiga pertukaran yang terpaksa dilakukan kerana masalah kecederaan.

“Saya akui ketiadaan pemain-pemain ini mempengaruhi ke­seluruhan permainan.

“Kami seperti hilang arah dan bukan bermain pada tahap sebenar dalam babak kedua,” kata Barjuan.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Barcelona mensia-siakan kelebihan tiga gol untuk memenangi aksi La Liga sejak tewas 3-4 kepada Valencia di Camp Nou pada Januari 1998. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI