fbpx

Sebab Tok Ram, Alyah jadi ‘kaunter pertanyaan’ GV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH berharap, peminat tidak lagi mencarinya untuk mendapatkan senarai peserta GV biarpun suaminya Ramli MS bergelar juri program tersebut.

PETALING JAYA – Gara-gara suaminya, Datuk Ramli MS merupakan salah seorang juri tetap, penyanyi terkenal Datin Alyah berharap orang ramai tidak lagi menghujaninya dengan soalan berkaitan senarai peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bakal membuka tirai bermula 21 November depan.

Dedah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, dia terpaksa melalui situasi yang sama setiap kali Gegar Vaganza berlangsung saban tahun.

Lebih lucu, ada juga yang meminta pertolongan pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu untuk mendapatkan tiket konsert mingguan GV.

“Kau rasa aku ada masa nak kena fikir siapa yang menyertai GV? Setiap kali GV mesti ramai yang bertanya itu dan ini kepada saya, memang aku ada share (saham) di situ ke?

“Sebelum ini lagilah ada yang siap suruh saya dapatkan tiket konsert. Memanglah Datuk Ramli itu di GV tetapi bukan semua benda atau perkara aku perlu ambil tahu,” luahnya.

LUAHAN Alyah yang meminta orang ramai tidak lagi bertanyakan perihal berkaitan program GV kepadanya.

Sehubungan itu, Alyah berharap agar dia tidak lagi menjadi ‘kaunter pertanyaan’ berkaitan GV selepas ini.

“Mohon jangan tanya lagi siapa yang sertai GV, bosan. Nanti saya pula yang sertai tetapi pasti akan menjadi orang pertama tersingkir kerana suami ada dalam program tersebut, ini saya melawak.

“Namun pesanan di atas itu saya serius okey. Jika hati anda masih gusar nak tahu juga tentang GV, hubungilah pihak Astro,” ujarnya.

Setakat ini, bayangan peserta yang akan bertanding dalam GV8 masih belum diketahui, namun terdapat khabar angin mengatakan penyanyi Adibah Noor dan Bandi Amuk akan memeriahkan musim kelapan penganjuran program berkenaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI