fbpx

Bulan Keluarga Kebangsaan kini jadi Bulan Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada November setiap tahun bakal dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata, sambutan pada bulan ini akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia, sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar.

“Bulan November setiap tahun diisytiharkan sebagai Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan sejak tahun 2012, bertujuan menggalakkan penglibatan semua pihak untuk untuk mengukuhkan institusi keluarga dalam sosioekonomi negara.

“Ia selaras dengan pelaksanaan Dasar Keluarga Negara yang bermatlamat membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan teguh serta berdaya tahan untuk memastikan kestabilan sosial demi kesejahteraan negara,” katanya ketika merasmikan Bulan Keluarga Malaysia hari ini.

Katanya, ia berbeza dengan konsep Keluarga Malaysia yang beliau cetuskan yang lebih memfokus kepada usaha menyatu-padukan rakyat Malaysia dalam sebuah keluarga besar bagi menghadapi cabaran krisis berkembar iaitu ekonomi dan Covid-19.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut menggesa penyertaan kementerian-kementerian dan kerajaan negeri sebagai penggerak utama program.

“Kerajaan juga amat berharap sektor swasta, NGO dan komuniti turut mengambil bahagian agar program kesejahteraan keluarga dilaksanakan sebaik dan sebanyak mungkin mengikut kapasiti masing-masing.

“Penganjuran program juga boleh dilakukan pada peringkat nasional secara gandingan kerjasama dengan agensi kerajaan sebagai satu acara nasional negara bagi mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI