fbpx

Boleh serah kertas penamaan calon bermula pukul 9 pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan kertas penamaan calon Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (PRN DUN) Melaka ke-15 esok boleh dikemukakan bermula dari pukul 9 sehingga 10 pagi.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas penamaan calon tersebut perlulah dikemukan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 28 Pusat Penamaan Calon.

Menurutnya, kertas penamaan calon perlulah dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong, mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRN DUN Melaka ke-15, agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum Hari Penamaan Calon.

“Selain itu bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin turut mengingatkan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran.

Katanya, ini bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI