fbpx

Atasi pencerobohan tanah Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU AZLAN (dua dari kanan) dan Jasvir Singh (kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Dua di Bentong semalam.

BENTONG – Semua rakyat negeri ini mempunyai hak meminta apa sahaja yang wajar termasuklah dalam isu tanah yang seharusnya diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

Bekas Ahli Parlimen Jerantut, Tan Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, beliau optimis kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan memberi perhatian kepada permasalahan rakyat termasuk isu persempadanan tanah Orang Asli.

“Saya diberitahu tok batin tadi berkaitan dengan beberapa perkara melibatkan kerajaan negeri, Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan akan saya ceritakan apakah kesempitan hidup bagi masyarakat kawasan Kampung Orang Asli Sungai Dua.

“Ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib Orang Asli dan juga masyarakat Melayu serta pelbagai kaum di seluruh Pahang,”katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Dua di sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh dan Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Dua, Asra Jali.

Menurut Tengku Azlan, tiada halangan buat semua rakyat negeri ini untuk meminta apa sahaja yang wajar daripada kerajaan negeri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

“Saya rasa ini adalah kerja kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat, kalau tidak apa peranan kerajaan, itu kerja dia (kerajaan negeri) untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Itu sebab wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk mentadbir negeri dengan baik dan membela nasib rakyat yang susah,”katanya.

Sementara itu Asra, berkata, masalah persempadanan tanah yang masih belum dirizab dan diwartakan menjadi isu yang paling kritikal membelenggu masyarakat Orang Asli di situ.

Katanya, susulan belum diwartakan menyebabkan tanah-tanah yang diusahakan penduduk Orang Asli di situ sering diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI