fbpx

Nora Danish diselar tak layak jadi duta tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora tidak kisah dan kekal positif walaupun sering dikecam hebat netizen terhadap imej seksinya.

PETALING JAYA – Imej seksi dan tidak seiring identiti diri menjadi alasan utama punca kecaman hebat netizen terhadap Nora Danish yang bertindak sebagai duta sebuah jenama tudung.

Dikritik dan dikutuk, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif bagaimanapun kekal positif, sekali gus mengakui dirinya sudah imun serta kebal dengan segala pandangan negatif netizen terhadap dirinya.

“Saya percaya ini dinamakan rezeki. Saya percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.

“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.

“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Benda ini (kecaman) boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang dilantik menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.

Ditanya mengenai imej seksinya yang tidak selari dengan tawaran diterima, ibu kepada dua cahaya mata itu menyifatkan seksi sebagai satu perkara subjektif.

“Bagi saya seksi atau sebaliknya, semuanya terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya, maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka begitulah jadinya.

“Paling utama saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen dan kritikan membina selama ini.

“Insya-Allah, doa baik-baik untuk saya. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, timbul pelbagai persoalan netizen yang menyifatkan pemilihan Nora sebagai wajah kempen bagi sebuah jenama tudung tidak bertepatan dan jauh tersasar gara-gara imej seksinya. Pemilihan Nora juga dikatakan hanya bermotif keuntungan dan bukannya untuk kepentingan agama Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI