fbpx
SHEVON melahirkan rasa puas berjaya menempah slot ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia.

Kesilapan diri punca Soon Huat-Shevon terpaksa pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terpaksa melupakan kejohanan badminton Terbuka Hylo lebih awal apabila ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua kelmarin.

Bekas beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu akur dengan kekalahan straight set 14-21, 15-21 kepada pasangan dari Denmark, Niclas Nohr-Amalie Magelund dalam aksi kurang setengah jam.

Shevon tanpa berselindung mengakui mereka gagal menampilkan aksi seperti yang diharapkan apabila banyak melakukan kesilapan mudah sehingga memberi peluang kepada pasukan lawan mendapat mata.

“Saya perlu akui, permainan hari ini (kelmarin) langsung tidak memuaskan dan kami tidak mahu tuding jari kepada sesiapa kerana saya dan Soon Huat bermain sebagai satu pasukan.

“Selepas melaburkan banyak masa serta bekerja keras, namun tewas akibat kesilapan sendiri serta sikap kurang sabar menjadikan kekalahan ini sangat mengecewakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu menegaskan, mereka perlu me­nerima kekalahan itu dengan hati terbuka selain menjadikannya sebagai pengajaran supaya memberikan lebih fokus dalam kejohanan akan datang. Selepas ini, Shevon dan Soon Huat akan melakukan persiapan terbaik bagi menampilkan aksi lebih baik pada kejohanan Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia yang dijadualkan bermula pada 16 November ini.

“Mungkin ramai yang bertanya mengapa kami sering gagal ­walaupun sudah berlatih bertahun-tahun. Itulah hakikat yang perlu diterima dalam sukan, tidak ada jaminan walaupun anda sudah berusaha 100 peratus,” ujarnya.

POPULAR