fbpx

Kes Covid-19 di Perak meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kes jangkitan harian Covid-19 di negeri Perak terus menunjukkan peningkatan kecil sejak tiga hari lalu apabila merekodkan keseluruhan sebanyak 658 secara kumulatif.

Semalam Perak mencacatkan 258 kes manakala kelmarin serta hari sebelumnya masing-masing 210 dan 190 kes.

Sembilan kluster masih aktif di Perak sepanjang minggu lalu dengan merekodkan 23 kes baharu sehingga tengah hari semalam daripada kesemuanya sebanyak 619 kes kumulatif.

Ini termasuk jangkitan daripada tiga kluster baharu iaitu Ulu Rengat sebanyak 18 kes dengan jumlah keseluruhan 129 kes kumulatif, Industri Jalan Tepi Sungai (tiga kes baharu, 46 kes kumulatif) dan Jalan Woo Saik Hong (dua kes baharu, 109 kes kumulatif)

Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi laman Facebook menunjukkan, enam lagi kluster tidak merekodkan pertambahan kes baharu.

“Kluster aktif tersebut adalah Jalan Besar Tanjung, Lepang Nenering, Parit 4A Sungai Manik, Jalan PC10, Gunung Besout Dua dan Jalan Puncak Iskandar.

“Daripada senarai itu, kluster aktif dengan kes kumulatif paling tinggi adalah Jalan PC10 dengan 172 kes dan Gunung Besout Dua (62),” ujarnya.

Daerah Kinta masih mendahului dengan kes jangkitan Covid-19 paling banyak di Perak iaitu 93 kes yang kesemuanya adalah kes tempatan melibatkan kontak rapat, bergejala tempat kerja, tahanan dan kendiri. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI