fbpx

BN bergerak solo, tanding semua 28 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) meletakan calon di semua 28 kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengarah PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, BN yang bergerak secara solo itu turut menampilkan sebanyak 86 peratus muka baharu.

“BN akan pergi berseorangan, tidak akan bersama dengan mana-mana parti dan akan menggunakan logo kita sendiri sebagai sebuah parti yang melambangkan dan mewakili kemajmukan masyarakat di negara kita ini.

“Sehubungan itu BN akan menurunkan 28 calon di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRN Melaka,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, dekat sini hari ini.

Jelasnya, ia sekali gus menutup desas-desus untuk menyaksikan BN akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain pada pilihan raya kali ini.

“Pembahagian kerusi kita buat dengan teliti dengan cermat, dengan persetujuan walaupun bertengkar, walaupun bergaduh-gaduh, itu biasa.

“Ada orang tidak mahu berganjak, ada orang boleh berganjak, macam-macam. Tetapi inilah merupakan keunikan BN. Akhirnya kita bersetuju untuk setiap parti mewakili parti masing-masing,” jelasnya.

Tambah Mohamad, UMNO akan meletakkan calon di 20 kerusi yang dipertandingkan, MCA tujuh manakala MIC akan mengekalkan satu kerusi pada PRN tersebut.

‘Kestabilan demi Kemakmuran’ merupakan tema parti tersebut kali ini bagi menawan negeri itu nanti. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI