fbpx
KELETAH Che Yam bersama ayah dan ibu tirinya cukup menyenangkan netizen.

Alahai comelnya Cik Yam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK mengejutkan ramai dengan berita pernikahan kedua, keluarga kecil Fizo Omar terus mengundang perhatian ramai menerusi setiap perkongsian mereka.

Jika sebelum ini wajah jelita si isteri menuai pujian, kini Fazeera Nazri Azrai dipuji lagi kerana dikatakan memiliki sikap penyayang yang tinggi.

Semuanya gara-gara sebuah video TikTok tular yang memaparkan aksi Maryam iaitu anak Fizo dengan Mawar Karim memperkenalkannya sebagai ibu baharunya itu.

“Ini mummy saya, ini daddy saya,” kata Maryam sambil menarik tangan Fizo dan Fazeera.

Aksi comel si cilik itu seterusnya mendapat pujian ramai sehingga ada yang menyifatkan wanita itu ibu tiri yang baik.

“Aku percaya Fazeera seorang ibu tiri yang baik, kalau tidak, tak ada maknanya budak rapat begitu,” puji seorang pengguna TikTok.

POPULAR