fbpx

Polis cekup lelaki miliki 7,062 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pil kuda yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di tepi jalan Kampung Gertak Kangkung dekat Kuala Krai semalam. Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dia dicekup di tepi jalan Kampung Gertak Kangkung dekat Kuala Krai di sini semalam selepas dipercayai memiliki sebanyak 7,062 biji pil kuda.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan itu dijalankan kira-kira pukul 7 petang semasa anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek yang berada di kawasan itu telah menjumpai sebanyak 1,062 biji pil kuda.

“Selepas ditahan, suspek telah membawa polis ke sebuah rumah sebelum menemui sebanyak 6,000 biji pil kuda dan 50 gram dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM 75,620.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI