fbpx

Lima pengedar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang berjaya dirampas polis menerusi beberapa serbuan berasingan pada Isnin dan Selasa lalu.

SUBANG JAYA- Cubaan lima lelaki mengedar dadah gagal apabila mereka ditahan bersama ganja dan ketamin bernilai RM5,200 secara berasingan pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai pengedar dadah itu diberkas di daerah ini dan Shah Alam.

“Dalam serbuan pertama pada 1 November lalu, kita menahan seorang lelaki dan merampas 33 paket plastik ketulan mampat daun kering disyaki ganja di sebuah rumah di daerah ini.

“Serbuan kedua pada 2 November lalu dibuat di lobi sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, Shah Alam yang membawa kepada penahanan seorang lelaki bersama satu plastik lutsinar ganja di dalam kotak dibawanya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Hasil soal siasat terhadap suspek itu membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah unit kediaman pangsapuri yang sama.

“Kita menahan dua lagi lelaki bersama sembilan paket plastik lutsinar berisi ganja dan satu plastik berisi ketamin.

“Seorang lagi lelaki ditahan dalam serbuan di Taman Perindustrian UEP Subang Jaya pukul 4 petang pada hari sama sebelum dibawa ke rumahnya di USJ 5 dan menemui satu ketulan mampat ganja seberat 1,033 gram,” katanya.

Jelas beliau, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap semua suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis ganja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI