fbpx

Lelaki suruh pak guard jaga anak ditahan kes lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar poster pihak pengurusan kediaman yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ‘naik angin’ apabila pengawal keselamatan tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal seperti yang ditularkan sebelum ini telah ditahan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Lelaki berkenaan ditahan berkaitan kes lain dan tiada kaitan dengan pergaduhan dalam video yang tular di media sosial sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung video tular di Sky Awani I kerana ia tidak melibatkan sebarang kekerasan jenayah.

“Kita memang ada menerima laporan berkaitan video tular membabitkan penyewa kediaman di situ dengan pengawal keselamatan pukul 7.29 pagi pada 1 November lalu.

“Pengadu merupakan seorang wanita berusia 29 tahun yang juga penyewa kediaman yang turut terdapat dalam video tular itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 27 Oktober lalu dan hanya membabitkan pertengkaran mulut antara pengadu dan pengawal keselamatan serta tidak membabitkan sebarang kekerasan jenayah.

“Tiada tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua pihak.

“Justeru itu, kita harap spekulasi mengenai video tular itu dapat dihentikan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI