fbpx

Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat ‘jin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemaluan Rafly (kanan) membengkak dipercayai disunat jin. - TikTok

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki telah mengejutkan penduduk Kampung Babakan, bandar Bekasi, Jawa Timur selepas dikatakan telah disunat oleh jin, lapor laman berita Suara.com semalam.

Rafly, 5, pada mulanya mengadu kemaluannya terasa sakit. Selepas diperiksa, kemaluannya kelihatan berwarna merah, sama seperti kemaluan seseorang selepas disunat.

Namun, selepas dibawa ke sebuah klinik berdekatan, doktor tidak menemui sebarang masalah yang serius pada kemaluannya.

Kejadian tersebut bermula semalam pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Selepas diperiksa lebih lanjut oleh ibu dan bapa Rafly, terdapat kesan kemerahan pada kemaluan kanak-kanak itu namun ia bukan darah.

Seorang pakar Urologi dari Hospital Siloam Asri, Dr. Arry Rodjani kemudian memaklumkan bahawa keadaan kemaluan itu diibaratkan seperti telah disunat namun ia sebenarnya dikenali sebagai parafimosis.

“Parafimosis sering dianggap sebagai fenomena sunat oleh jin. Walhal, dalam dunia perubatan, keadaan itu berlaku disebabkan kerana diameter hujung zakar yang lebih kecil berbanding badan zakar,” katanya. 

Tambahnya, keadaan itu berlaku secara tiba-tiba dan berlaku apabila kanak-kanak kerap menarik bahagian hujung kemaluan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI