fbpx

Tidak sempat beli air kelapa, lelaki warga emas maut dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan dalam kejadian di Batu 2, Jalan Apas petang semalam.

TAWAU – Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan dalam kejadian di Batu 2, Jalan Apas petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Lateng Tanrengan, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran parah di bahagian kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati mangsa dirempuh oleh seorang lelaki berusia 36 tahun yang memandu kereta Toyota Corolla bergerak menuju ke Flat Sri Titingan.

“Bagaimanapun, mangsa yang maut dikatakan cuba melintasi jalan untuk membeli kelapa di seberang jalan ketika tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu sempat membrek dan membunyikan hon sebagai tanda amaran namun ekoran jarak yang terlalu dekat, kenderaan berkenaan gagal mengelak mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan cermin hadapan pecah dan kecederaan parah ke atas mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Peter menyatakan mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tawau untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam tadi.

Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI