fbpx

‘Tak baik pijak duit, pijak Iqbal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN Aeril mengenai isu pijak duit yang dilakukan Iqbal mendapat perhatian ramai.

PETALING JAYA – Tindakan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang tular dengan aksi ‘pijak-pijak’ duit baru-baru ini terus mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, pelakon yang juga usahawan berjaya, Aeril Zafrel tampil dengan satu respons yang mencuit hati menerusi Twitter.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari menerusi Twitter berseloroh selepas sebuah video dirakam penyanyi Ariff Bahran menyaksikan Iqbal yang baru sahaja muncul dengan single perdana berjudul Hujan bertindak memijak-mijak wang kertas.

“Tak baik pijak duit. Pijak Iqbal, insya-Allah,” ciap suami kepada pelakon Wawa Zainal itu.

Ciapan yang dimuat naik Aeril, 33, mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuklah hampir 23,000 ulang kicau (retweets) dan lebih 31,000 tanda suka (likes).

Seorang netizen menciap dengan nada sarkastik namun bergurau: “Seburuk mana pun Iqbal, sejahat mana pun dia, tolonglah kita sebagai manusia janganlah bersikap terlalu lembut dalam memaki.

“Kalau nak maki, maki betul-betul.”

Bagaimanapun, Iqbal atau nama lengkapnya, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini berkata, tidak mungkin dirinya sebegitu dangkal hanya kerana dilihat memijak wang.

“Saya masih tahu batas adab. Masih tahu menilai baik dan buruk. Ketika itu, kami semua mahu cepat kemaskan studio. Oleh sebab terlalu banyak kertas bertaburan, saya dengan selamba cepat-cepat kemaskan menggunakan kaki. Tanpa terfikir ia dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang terpapar.

Tiada daya saya untuk berkata lebih kerana video itu telah tersebar dan menjadi bahan hinaan orang. Saya maafkan bagi yang menyebarkan kerana visualnya memang tampak seolah-olah saya manusia tidak waras. Saya hanya berserah,” katanya menerusi satu entri Instagram.

Terdahulu, Iqbal yang mesra disapa sebagai Bal itu memaklumkan kepada Kosmo! Online, wang kertas yang bertebaran di atas lantai ketika itu hanyalah wang kertas palsu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI