fbpx

Kontraktor rugi RM 303,084 tertipu pelaburan tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila skim perlaburan yang disertainya pada 15 Oktober lalu rupa-rupanya tak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, lelaki berusia 54 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lilina Lim menerusi laman Facebook.

Menurutnya, wanita berkenaan telah menawarkan satu skim pelaburan secara dalam talian dan boleh mendatangkan keuntungan lumayan.

“Mangsa diminta mendaftar di satu pautan seperti diarahkan dan diberitahu dia perlu membuat bayaran yang lebih tinggi untuk mendapatkan taraf VIP.

“Mangsa membuat pemindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza bermula 15 Oktober hingga 31 Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Aibee berkata, selepas transaksi dibuat, mangsa tidak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan malah turut diugut kerana melakukan kesalahan pengubahan wang haram dan diminta untuk membuat pembayaran sekiranya tidak mahu diambil tindakan.

“Mangsa diminta membuat pembayaran lagi sekiranya mahukan semula wangnya. Mangsa terus mempercayai individu terbabit dan membuat pindahan wang serta mengalami kerugian lebih kurang RM303,084 sebelum menyedari ditipu lalu membuat laporan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI