fbpx

Guna TikTok galak pengundi muda keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akademi Pilihan Raya (APR) akan menggunakan platform media sosial termasuk Facebook, YouTube, Instagram, Twitter dan TikTok untuk menggalakkan pengundi berusia 18 tahun keluar mengundi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif perkongsian secara maya itu adalah kerana media sosial menjadi trend belia dan anak muda ketika ini.

“APR melaksanakan Program Pendidikan Pengundi (VE) bagi memberi kefahaman kepada rakyat terutama belia, berhubung proses pilihan raya di Malaysia di samping menjawab isu yang sering dibangkitkan ketika pilihan raya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) mengenai langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pengundi berusia 18 tahun akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Terdahulu, Wan Junaidi menerangkan terdapat lebih 7,000 pengundi berusia antara 90 hingga 160 tahun dalam daftar pemilih SPR ketika ini.

Menurut beliau, kandungan daftar pemilih itu antara yang belum dibersihkan selain pengundi sudah meninggal dunia, gila, sakit dan menjalani hukuman penjara.

Jelas beliau, ia antara faktor SPR sebelum ini menetapkan jangka masa hingga September 2022 bagi membolehkan semua proses berkaitan pelaksanaan Undi 18 termasuk pembersihan daftar pengundi dapat diselesaikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI