fbpx

TSG kekalkan lapan pelumba tempatan bagi musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU FAROUK HUSIN (kiri) menandatangani plak di dinding sebagai menyempurnakan perasmian Studio TSG di Kuala Terengganu semalam.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PASUKAN berbasikal nombor satu Asia, Terengganu Cycling Team (TSG) akan mengekalkan la­pan pelumba tempatan bagi menghadapi saingan musim depan.

Pengarah Eksekutif TSG, Tengku Datuk Farouk Husin Tengku Ab­dul Jalil berkata, antara yang dikekalkan ialah ketua pasukan, Mohd. Zamri Saleh, Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman Hamdan, Ir­wandie Lakasek, Shahrul Mat Amin, Amirul Fakhrudin Mazuki, Afiq Huznie Othman dan Nur Aiman Zariff.

Beliau berkata, barisan pelumba import pula akan menyaksikan perubahan kecil selepas kehilangan khidmat pakar mendaki, Carlos Quintero.

“Khidmat 80 peratus pelumba musim lalu masih diperlukan bagi mempertahankan kedudukan pertama Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Setakat ini, enam pelumba import sudah sah bersama TSG, namun masih ada kekosongan jika mahu mendapatkan dua lagi pelumba,” katanya selepas me­rasmikan Studio TSG di Kuala Terengganu semalam.

Selain Quintero, pelumba import yang memperkuatkan TSG musim lalu ialah Metkel Eyob, Goh Choon Huat, Artem Ovechkin, Youcef Reguigui, Jeroem Meijers serta Sainbayar Jambaljamts.

Tengku Farouk Husin berkata, senarai lengkap pasukan TSG termasuk status ketua jurulatih, Je­remy Hunt dijangka diumumkan secara rasmi pada Januari 2022.

Dalam perkembangan ber­kaitan, beliau berkata, sebanyak 19 penaja telah disahkan bersama TSG musim depan melibatkan jumlah RM9.3 juta.

Tambah beliau, TSG juga di peringkat perbincangan bersama syarikat penerbangan, Turkish Airlines untuk menjadi sebahagian daripada penaja 2022.

“Sewaktu siri perlumbaan di Turki tahun ini, mereka tertarik dengan kejayaan TSG sebagai pasukan terbaik Asia dan kami sedang cuba mendapatkan perjanjian menang-menang.

“TSG melihat ia sebagai prospek menguntungkan dari sudut sukan serta pelancongan di Terengganu dan negara benua berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI