fbpx

Polis Terengganu lupus dadah RM5.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norkhalid (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang akan dilupuskan di IPK Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah dan barangan kes melibatkan nilai keseluruhan RM5.6 juta.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Norhalid Kimi berkata, kesemua dadah dan barang kes itu melibatkan 4,633 kertas siasatan kes yang telah selesai di mahkamah sejak 1997.

Beliau berkata, kesemua 92.85 kilogram (kg) dan lebih 105,900 liter dadah pelbagai jenis itu akan dilupuskan syarikat pelupusan sisa pepejal, Kualiti Alam Sdn. Bhd.

“Dadah paling banyak dirampas adalah ganja iaitu seberat hampir 53 kg diikuti daun ketum (21.12kg), heroin (8.45kg), pil kuda (7.79kg), syabu (2.07kg) erimin (386 gram) dan ekstasi (0.69 gram).

“Turut dilupuskan air ketum seberat 102,890 liter dan 3,027 liter ubat batuk,” katanya selepas menyerahkan barang kes narkotik tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norhalid memberitahu, nilai rampasan dadah di Terengganu pada tahun ini menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda iaitu RM5.2 juta berbanding RM2.8 juta pada 2020.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI