fbpx

Anak patung ‘berpuaka’ mirip Annabelle ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen menyamakan anak patung ini dengan anak patung Annabelle. - Antiquated Archaic/ Facebook

LONDON – Sekumpulan pemburu kejadian luar biasa menemui sebuah anak patung lama yang terbiar di dalam hutan serta dipercayai berpuaka, lapor akhbar Daily Star.

Anak patung porselin yang dianggarkan berusia 50 tahun itu dikurung di dalam sebuah bekas gelas.

Wajahnya turut kelihatan sedikit rosak.

Penemuan itu membuatkan netizen menyamakan keadaan patung tersebut dengan patung berpuaka daripada filem seram popular, Annabelle.

“Anak patung terbiar dari tahun 1970 berukuran kira-kira 89 sentimeter ditemui di dalam bekas gelas,” tulis keterangan dalam hantaran Facebook Antiquated Archaic.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa takut melihat keadaan anak patung tersebut.

“Sekiranya bekas kaca itu masih dalam keadaan baik, ini bermaksud ada sebab ia dibiarkan, sama seperti yang ditonton dalam filem Annabelle,” kata seorang pengguna.

“Saya gemar mengumpul anak patung, namun rupa anak patung ini amat menakutkan. Saya tidak akan sesekali pergi dekat dengannya,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI