fbpx

[VIDEO] 18 penuntut didapati bersalah cederakan Zulfarhan tanpa niat bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Allahyarham Zulfarhan bersama ibu dan bapanya.

KUALA LUMPUR – Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali selepas mendapati kesemua mereka bersalah mencederakan Zulfarhan sehingga menyebabkan kematian.

Berikutan itu, keenam-enam mereka yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, hari ini disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian terhadap Zulfarhan.

Mengikut pertuduhan, keenam-enam mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi hingga pukul 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Dalam pada itu, enam mereka turut didapati bersalah bersama 12 lagi tertuduh Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri.

Selain itu ialah Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi hingga pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI