fbpx

Haris dilantik SUK Selangor yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris

SHAH ALAM- Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan menerusi kenyataan ringkas Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor menerusi Facebook rasmi mereka.

“Tahniah Yang Berhormat Datuk Haji Haris Kasim atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Haris menggantikan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Nor Azmie Diron yang memulakan perkhidmatannya pada 3 Februari lalu.

Haris sebelum ini dilantik sebagai pegawai kewangan negeri berkuat kuasa 12 Mac lalu selepas menjadi Datuk Bandar Shah Alam.

Beliau pernah menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor selain menyandang jawatan pegawai daerah Hulu Langat. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI