fbpx

Sempat solat subuh di puncak sebelum ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat dan sukarelawan mengambil masa kira-kira lima jam membawa turun seorang penyelenggara kimpalan yang meninggal dunia berhampiran puncak Gunung Datuk, Rembau semalam.

REMBAU – Keterujaan sekumpulan 18 pendaki menyertai cabaran Trans Naning di Gunung Datuk berakhir tragedi selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Mohd. Azam Che Mat, 45, seorang penyelenggara kimpalan sebuah kilang di Serem­ban mengadu kekejangan kaki sebelum terbaring dan pengsan kira-kira 300 meter dari puncak Gunung Datuk.

Rakan mangsa, Zakaria Ayub, 59, berkata, arwah sudah aktif mendaki sejak lebih setahun lalu dan arwah juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda me­ngalami masalah seawal pendakian pada pukul 4 pagi.

Menurutnya, mereka seramai 18 orang telah mendaftar naik ke gunung tersebut secara online untuk cabaran Trans Naning.

“Mangsa yang merupakan bekas pesakit Covid-19 kategori 3, solat subuh berjemaah di puncak Gunung Datuk bersama yang lain. Kami berehat lebih sejam sebelum mahu meneruskan perjalanan ke Gunung Gagak.

“Lima minit selepas meneruskan perjalanan, mangsa mengadu kejang kaki dan kami berpatah balik ke arah mangsa. Namun, mangsa sudah pun terbaring dan pengsan. Kami cuba memberi bantuan melalui tekanan dada, namun mangsa tidak memberikan sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui di kaki Gunung Datuk semalam.

MOHD. AZAM

Katanya, mereka terus meng­hubungi pasukan penyelamat bagi bantuan membawa turun mangsa dan tidak menyangka pendakian kali ini berakhir de­ngan kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Arif Ahmad Osasi berkata, pasukan menerima maklumat berkenaan pada pukul 9.28 pagi.

“Kebetulan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sudah berada di lokasi, susulan terdapat dua program dijalankan di Gunung Datuk.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik sebaik berjaya dibawa turun ke kaki Gunung Datuk pada pukul 2.20 petang,” katanya.

Tambahnya, pasukan penyelamat bersama sukarelawan kese­luruhannya seramai 30 orang bergilir-gilir mengusung mangsa turun dari puncak gunung se­tinggi 884 meter dari paras laut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI